Tuesday, December 27, 2011

::pengajaran::#1

jangan mengampu 
untuk dapatkan kawan

jangan bercerita 
keburukan orang lain 
untuk dapatkan kawan

jangan bangga dengan diri sendiri
untuk dapatkan kawan

jangan tunjuk anda bagus
untuk dapatkan kawan

just be yourself
humble is really important in friendship

kawan akan rapat dan setia
sekiranya mereka betul-betul 
selesa dengan anda

sekiranya mereka pergi
biarkan saja 
mereka tak sesuai dengan anda lah 

tetapi








sekiranya semua kawan pergi
semua kawan tak sesuai dan tak serasi



that absolutely something wrong
about yourself
don't blame others!!!!

Saturday, December 24, 2011

::wondering::


perempuan yang baik
hanyalah untuk lelaki yang baik

lelaki yang baik
hanyalah untuk perempuan yang baik

disekelilingku

lelaki yang setia akan dipermainkan
dan ditinggalkan perempuan yang
tidak tahu berterima kasih

perempuan yang setia akan diperbodohkan
oleh lelaki yang tidak menghargai

mengapa lelaki yang setia itu
tidak bertemu dengan perempuan yang setia???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
inilah yang digelar permainan dunia
DIA telah menetapkan yang terbaik untukmu

perempuan dan lelaki yang setia itu tadi ditinggalkan
hikmahnya akan didatangkan orang yang lebih 
baik sebagai pasangan hidup
sehingga ke akhir hayat

kita mungkin tidak akan dapat apa yang kita nak
tapi kita pasti dapat apa yang kita perlu

::terima kasih::


mujurlah perasaan ini
senang dipujuk

bila aku sedar
yang kau bukan
mr simple ku

aku pergi tinggalkan kau
tanpa rasa apa-apa

#terimakasih

::Dear mr simple::


Dear Mr simple

kamu

boleh

dicari

atau 

dikejar

tapi
.
.
.
.
aku

memilih untuk menunggumu

:)



Saturday, December 17, 2011

::manusia biasa::

aku tidak ada keberanian
untuk nyatakan aku ini bagaimana
seperti ini atau seperti itu

aku sebenarnya begini
aku sebenarnya begitu

aku benci ini
aku suka itu

aku akan jadi begini
aku tidak akan jadi begitu

perkara yang mendatang tidak boleh diramal
apa yang akan terjadi kita tidak akan tahu

tetapi aku pasti
ibu ku keutamaan ku
keluarga ku kemestian ku
sahabat-sahabat ku kesayangan ku

kepada 'kamu'
hadirlah dalam hidupku
aku hanya minta satu

terima lah diriku seadanya bersama-sama
kehadiran ibu ku, keluargaku, dan sahabat-sahabatku
kedalam hidup kamu

::pengajaran::


dalam hidup ini
jangan terlalu over confident
bila saat engkau gagal
engkau akan terjatuh dengan tragik tahu!
orang di sekililing hanya memandang 
apatah lagi mahu hulurkan bantuan

dalam hidup ini
jangan terlalu serius
tidak seronok lah hidup kau
orang pun tak nak dekat
cuba rilex dan cool
nikmati hidup
pasti kau akan rasa lebih segar

dalam hidup ini
jangan 24 jam bergurau

ehhh

yang ini tak ape

hahahahhahahahhaha

::22 years old::


17/12/2011
genap sudah aku 22 tahun
memang selalu ketinggalan..:)

Terima Kasih : Ya ALLAH
kerana membenarkan aku terus bernafas
di atas muka bumi mu

Terima Kasih : Mak
kerana melahirkan ku
menyayangi ku dalam setiap nafasmu
menjagaku dengan setiap kudratmu
jasamu memang tidak dapat ku balas sehingga ke akhirat

Terima Kasih : Keluarga
sentiasa ada di sisiku
membuat ku gembira sentiasa

Terima Kasih : sahabat-sahabat
kamu semua...yaa..kamu semua
kamu bukan kawan atau kenalan
kamu sahabat aku
selalu ada dengan aku
melayan karenah aku
aku memang jengkell..hehehe

Terima Kasih Semua

Tuesday, December 6, 2011

::jika::


apa yang berlaku
biarkan ia berlalu

tiada peluang untuk berpatah balik
anggap saja satu dugaan
yang memeritkan

supaya akan
lebih berhati-hati
pada yang akan datang...

Sunday, December 4, 2011

::Dulu-Dulu::




fuhhhh..
jauh sudah kita melangkah
membawa haluan masing-masing

memang di akui pasti akan terpisah
untuk mencari kehidupan sendiri
tetapi tidak sangka 
rasanya akan seperit ini

aku percaya
di antara kita akan saling mendoakan 
semoga yang terbaik untuk kita
yaaa kawan..

Saturday, November 26, 2011

::Dont Give UP::

kadangkala...
terasa sangat susah..
terasa saja mau mengalah..

duduk sekejap
fikir secara rasional
fikir tentang harapan orang pada diri ini

then!!!

bangun semula untuk menempuh

bila aku terasa susah lagi
aku duduk la sekejap 
sekali lagi......

::kot::

sentap!!!
name tu muncul lagi

bile keadaan macam ni
makna nyaa
ade rase sayang..

kotttt nye laaaa..


p/s : what for haa??
        please just move on and forget my name..!!

Sunday, October 30, 2011

Monday, October 3, 2011

genre blog ku

sudah try stail bercerita
macam poyo jee
nak bace balik pun malu
hek hek hek

more to berayat-ayat
and sometime ade story sebenarnya di sebalik ayat-ayat tu
and other sometime just ayat-ayat kosong
just impian and khayalan
and yang penting bile bace balik
automatik dpt rase feeling time post that entry
nice bukan
keh keh keh


ini adalah diari alaf baru...hek hek hek

:)


tidak akan mengubah diri untuk sesiapa pun.
biar terus begini.

jika mahu??
terima diri seadanya

itu baru betul sejati
keh keh keh

p/s : da bace diam2 je..xpyh nk ulang2 dpn aq..

saya tahu apa itu sayang

saya tidak hebat bermadah pujangga
untuk nyatakan rasa sayang

tetapi


hati saya pandai untuk
menyayangi


tidak meluahkan
tidak bermaksud tidak sayang


mungkin meluahkan lebih baik
nantilah saya belajar yee..:)

Tuesday, September 20, 2011


mungkin saya tidak segembira
seperti orang yang sedang gembira

tapi

mungkin ada orang yang tidak gembira
seperti saya yang masih boleh bergembira

i wanna be happy as long as i can

p/s: sangat bersyukur dapat menumpang di bumi TUHAN yang sangat indah..
     : ada satu perasaan yang susah nak explain bila ada kat tmpat yang tinggi dan cantik mcm 2..

Thursday, September 8, 2011

going back to campus life
.
.
.
.
.
suppose to be sad or happy?????? 

Saturday, August 20, 2011

masih begitu


aku ada 
bila engkau memerlukan

tapi
mana kau bila aku pula yang memerlukan

penat tahu macam ini...

p/s : sukar sangat untuk mencari yang sejati
       bila bernasib baik..jumpalahh
       bila tidak bernasib baik??
       hanya redha dan bertawakal
       yang SATU itu telah menyediakan yang terbaik..

Tuesday, June 14, 2011

Hati ini sedang belajar...


kadangkala
adalah lebih baik
membiarkan hati menjadi
keras seperti batu..

daripada 
membiarkannya menjadi
selembut tisu..

kerana
kadangkala hati yang lembut itu
sering diperbodoh dan dipermainkan
selagi hati itu lembut 
selagi itulah ia akan diperlakukan sebegitu

akhirnya
hati itu yang akan menjadi sakit
perit dan pedih..

kesimpulannya
hati keras seperti batu itu
adalah untuk melindunginya
daripada sakit, perit dan pedih..

tetapi
mahu menjadikan hati keras seperti batu
mahupun
lembut seperti tisu
perlulah kena pada masa dan keadaan
agar kesannya itu lebih mendatangkan hasil
dan manfaat..

hati ini sekarang sedang belajar untuk keras seperti batu....
hati ini ingin belajar supaya tidak menjadi bodoh lagi....

Monday, May 23, 2011

hanya sederhana tapi indah sebenarnya

sebuah keluarga yang sederhana

tapi di dalamnya terselit keindahan

kerana

ahlinya bingkas bangun mengerjakan SUBUH

tidak lalai pada ZOHOR dan ASAR

dan berjemaah pada MAGRIHB dan ISYAK

sangat indah bukan...(",)


sebenarnya aku impikan sebuah keluarga seperti ini...hehehehehe

Friday, May 20, 2011

kebiasaan si pemalas


adalah menjadi kebiasaan
apabila lusa exam
maka esoklah baru study

adalah menjadi kebiasaan 
apabila lusa exam
maka hari ini tidak akan study

hahahahahahaha...

Sunday, May 8, 2011

engkau yang menyakitkan hati!!!

semuanya engkau betul

engkau ingat kerek engkau itu betul

engkau ingat hidup ini senang betul

engkau pakat langgar guna cara kau yang sangat betul

ehh tolong lahh!!!

buka mata betul-betul

pandang guna minda dan akal yang betul

engkau ini memang menyakitkan hati betul!!!







annoying aku da tahap ini!!!!!

Wednesday, April 6, 2011

Saya

saya takut saya tidak nampak kesalahan saya

selepas itu

saya terus terusan membuat kesilapan

tolong saya

sekiranya saya salah tegur lah dengan seikhlas hati

saya sudi mengubah cara dengan seikhlas hati

janganlah pergi tinggalkan saya

demi persahabatan kita

saya sayang kamu wahai sahabat-sahabat...

p/s: emmmmuaahhhh!!!!!

Tuesday, March 29, 2011

Hari-hari yang sama

hari-hari ketawa

hari-hari senyum

hari-hari bergurau-gurau

hari-hari berada di kalangan orang ramai

tapi hati ini tetap rasa sendiri

tetap rasa sunyi

tetap rasa bosan

kerana.......AKU RINDU!!!!!!!!!!!!

p/s: aku betul-betul nak balik nih!!!!!

Monday, March 28, 2011

..............

Aizat-Sungai Lui 

Pejamkan matu mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya

Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya
Selama ini ( 7x )

Sunday, March 27, 2011

Aku Nak Pulang...

pulang kepada keluarga

pulang kepada kampung

pulang kepada kehidupan asal ku

pulang pulang pulang

pulang untuk berehat

pulang untuk bergembira

aku sangat penat tahu

aku sangat rindu

keluarga....masih keutamaan ku..

aku masih berpijak di bumi nyata

masih rindu pada kampung 

itu bermakna...

aku tidak terkena kejutan budaya

alhamdulilah...hehehehe

p/s: serius!!!! bosan hidup di kampus di saat telah lama tidak pulang kepada keluarga....:(


Friday, March 11, 2011

Selalu teralpa


Hidup di sekarang
lebih banyak seronok dari sedih
bila sudah seronok kita selalu lupa
ku mohon
janganlah diri ini tersesat jauh
istiqamahkanlah diri ini

Angan dan impian adalah sebahagian
dari hidup.....ku mohon
agar angan dan impian ku
adalah yang diberkati..

Sunday, March 6, 2011

Nothing


right now
i'm feeling nothing

nothing in my mind
nothing in heart

its nothing
nothing


but
this is just for a while

tomorrow 
i will get back to normal person
hehehehe




Monday, February 28, 2011

Ini sangat best

cinta hantu

lalu bagaimana ceritanya kita
kalau matamu tak pernah ada
kalau tanganmu tak pernah ada
sentiasa sendiri sahaja

aku cuma bercinta dengan hantu yang tiada
menampal wajah yang ada pada tubuh yang aku sangka ada
yang cuma ada hanyalah rasa
dan orang kata aku ini perempuan gila

bercinta dengan hantu saja
bercinta dengan hantu saja

aku ingin dipegang, dibelai dan disayang
aku mahu dipanggil-panggilkan "mari sayang"

aku rasa
sepertinya
aku ada hantu saja

bercinta dengan hantu itu tak semestinya indah;
obviously--
hello.

bercinta dengan hantu itu sebenarnya selalu buat aku marah;
seriously--
hello.

yang kita ada cuma sms
webchat pun tak pernah ada
aku cuma ada sesuatu yang aku pegangkan
cuma ruhmu saja

tapi aku mahu dipegang
aku mahu disayang
aku mahu mata kita bertentang
aku mahu kau panggil aku "sayang"

cinta dengan hantu itu tak gemilang
cinta dengan hantu itu buat aku rasa terbuang
cinta dengan hantu itu menyakitkan
cintai aku depan-depan

ambil tangan aku dan bawa berjalan
ambillah cinta aku dan bawa tinggi
ambillah tubuh aku dan kau pegangkan
sampai kita tua
sampaiku mati

aku tak sanggup bercinta semata dengan hantumu yang tak ada
aku tak mau itu semua
aku sendirian takkah kau rasa?
p/s: diambil dari www.fynnjamal.blogspot.com

Thursday, February 24, 2011

sometimes i feel so tired


kadang-kadang rasa bosan dan penat
dengan semuanya
bukankah manusia biasa itu memang tidak sempurna
penat dan bosan adalah lumrah

ada masanya
hanya mahu bersendiri
daripada mencari keseronokan

ada masanya
hanya mahu melayan perasaan
daripada mencari penawar hati
yang hanya kadangkala
lebih menyakitkan

tapi
semua bosan dan penat ini hanya sementara
biarkan masa berlalu

selepas itu
akan semuanya akan menjadi sediakala
rasa ini hanya sementara.....

tapi cukup sakit bila
bosan dan penat 
ini datang menjengah....

Thursday, February 17, 2011

Life is Going To Be More COMPLICATED



banyak perkara menjadi pertanyaan
banyak perkara menjadi persoalan
tiada jawapan yang dapat merungkai
hanya ada tanda tanya
mengapa ini
mengapa itu
mengapa begini
mengapa begitu


banyak perkara
bermacam-macam
berbagai-bagai
hmmmmmm
tetapi...
bukanlah kehidupan namanya

sekiranya mengikut percaturan engkau
sekiranya semuanya cantik mengikut angan engkau
sepanjang masa engkau mahu gembira
suka,senyum..
boring...
tangis dan kecewe sebahagian dari keluarga juga...
dan di akhirnya
apabila engkau kecapi gembira setelah berduka
maka
gembira itu akan menjadi lebih bermakna
kan kan kan kan

p/s: i'm really happy with my life now...:)

Monday, February 14, 2011

Hrmmmm



Hati ini.....rindu sebenarnya..
cuba..
bukan nya tidak mencuba untuk dikalis rindu itu...
tapi....
tetap HATI berdegil mau merindu...
rindu itu SAKIT sebenarnya...

Friday, January 7, 2011

Apalah kau ni...

Ada baik nya sesetengah perkara tidak berada lama di dalam kehidupan kau….
Ada baiknya ia berlalu meninggalkan kau….
Sudah boleh berfikir kan..?????
Mengapa masih degil..????
Nahhh…rasakan…sendiri yang sakit…
Mengapa kau masih mencari…mahu mengambil yang jernih konon…kerana budi konon….
Jika takdir yang menentukan….tiada alasan yang munasabah kau akan terima…
So…berpijak lah di bumi yang nyata…pandang ke hadapan!!!!!!
Yang berlalu biarlah ia pergi semakin jauh…
Jangan cuba untuk menjadi jaguh….jangan cuba menjadi handal….tidak ada apa-apa konon…
Akhirnya hati sendiri yang sedih….
Pilih jalan yang lurus…hanya untuk kebaikan kau saja….
Sekiranya ada yang mau join….silakan bersama…
Didalam perjalanan mungkin dia akan berputus asa…
Biarkan saja dia berhenti….
Kau harus terus berjalan…..kerana semuanya tentang kau…

Entah lah

Lebih bagus khabarnya dari rupa yang benar…
Lebih indah fantasinya dari realitinya….
Cinta tidak selalunya indah….

Banyak kali sangat jumpa ayat-ayat itu…sudah bosan barangkali…tetapi maksud yang mendalam tidak dihayati…apa yang tersirat tidak diteliti..sebab itulah acapkali kesalahan berulang…kekesalan muncul kerapkali….BODOH….
Sungguh…ia nya menjadi indah dan riang gembira di saat mulanya…bagaikan berjuta-juta taman bunga dihati….hari yang kelam dirasa bagai hari yang cerah….hari yang cerah dirasa hari yang bersinar…

Kan…sudah dibilang…kekesalan akan muncul…di saat semuanya tidak menjadi milik engkau…semua rasa pergi begitu sahaja…ianya akan simpati dan kembali…?????....TIDAK…terduduk lahh terperuk sepi dan sunyi…tiada siapa yang akan peduli…terperuklah bergelumang dengan kesedihan dan keperitan…..
Semuanya salah engkau…?????? …ini semua lumrah alam…kesedihan dan keperitan adalah sebahagian dari kehidupan….setiap orang mendambakan kebahagiaan…tiada siapa mahu kesedihan dan kesepian…tetapi di setiap kebahagian itu pastinya ada kesedihan…itulah pakejnya….

Tidak semua apa yang diingini menjadi milik kita….tetapi apa yang telah ditentukan itulah yang terbaik untuk kita….

Tiap kali menghasilkan kata-kata untuk menaikkan semangat….tiap kali juga untuk tenangkan hati…tetapi hati…???...tetap begitu juga…menjadi bodoh dek panahan perasaan….ENTAHLAH…….