Monday, February 28, 2011

Ini sangat best

cinta hantu

lalu bagaimana ceritanya kita
kalau matamu tak pernah ada
kalau tanganmu tak pernah ada
sentiasa sendiri sahaja

aku cuma bercinta dengan hantu yang tiada
menampal wajah yang ada pada tubuh yang aku sangka ada
yang cuma ada hanyalah rasa
dan orang kata aku ini perempuan gila

bercinta dengan hantu saja
bercinta dengan hantu saja

aku ingin dipegang, dibelai dan disayang
aku mahu dipanggil-panggilkan "mari sayang"

aku rasa
sepertinya
aku ada hantu saja

bercinta dengan hantu itu tak semestinya indah;
obviously--
hello.

bercinta dengan hantu itu sebenarnya selalu buat aku marah;
seriously--
hello.

yang kita ada cuma sms
webchat pun tak pernah ada
aku cuma ada sesuatu yang aku pegangkan
cuma ruhmu saja

tapi aku mahu dipegang
aku mahu disayang
aku mahu mata kita bertentang
aku mahu kau panggil aku "sayang"

cinta dengan hantu itu tak gemilang
cinta dengan hantu itu buat aku rasa terbuang
cinta dengan hantu itu menyakitkan
cintai aku depan-depan

ambil tangan aku dan bawa berjalan
ambillah cinta aku dan bawa tinggi
ambillah tubuh aku dan kau pegangkan
sampai kita tua
sampaiku mati

aku tak sanggup bercinta semata dengan hantumu yang tak ada
aku tak mau itu semua
aku sendirian takkah kau rasa?
p/s: diambil dari www.fynnjamal.blogspot.com

Thursday, February 24, 2011

sometimes i feel so tired


kadang-kadang rasa bosan dan penat
dengan semuanya
bukankah manusia biasa itu memang tidak sempurna
penat dan bosan adalah lumrah

ada masanya
hanya mahu bersendiri
daripada mencari keseronokan

ada masanya
hanya mahu melayan perasaan
daripada mencari penawar hati
yang hanya kadangkala
lebih menyakitkan

tapi
semua bosan dan penat ini hanya sementara
biarkan masa berlalu

selepas itu
akan semuanya akan menjadi sediakala
rasa ini hanya sementara.....

tapi cukup sakit bila
bosan dan penat 
ini datang menjengah....

Thursday, February 17, 2011

Life is Going To Be More COMPLICATED



banyak perkara menjadi pertanyaan
banyak perkara menjadi persoalan
tiada jawapan yang dapat merungkai
hanya ada tanda tanya
mengapa ini
mengapa itu
mengapa begini
mengapa begitu


banyak perkara
bermacam-macam
berbagai-bagai
hmmmmmm
tetapi...
bukanlah kehidupan namanya

sekiranya mengikut percaturan engkau
sekiranya semuanya cantik mengikut angan engkau
sepanjang masa engkau mahu gembira
suka,senyum..
boring...
tangis dan kecewe sebahagian dari keluarga juga...
dan di akhirnya
apabila engkau kecapi gembira setelah berduka
maka
gembira itu akan menjadi lebih bermakna
kan kan kan kan

p/s: i'm really happy with my life now...:)

Monday, February 14, 2011

Hrmmmm



Hati ini.....rindu sebenarnya..
cuba..
bukan nya tidak mencuba untuk dikalis rindu itu...
tapi....
tetap HATI berdegil mau merindu...
rindu itu SAKIT sebenarnya...