Tuesday, December 27, 2011

::pengajaran::#1

jangan mengampu 
untuk dapatkan kawan

jangan bercerita 
keburukan orang lain 
untuk dapatkan kawan

jangan bangga dengan diri sendiri
untuk dapatkan kawan

jangan tunjuk anda bagus
untuk dapatkan kawan

just be yourself
humble is really important in friendship

kawan akan rapat dan setia
sekiranya mereka betul-betul 
selesa dengan anda

sekiranya mereka pergi
biarkan saja 
mereka tak sesuai dengan anda lah 

tetapi








sekiranya semua kawan pergi
semua kawan tak sesuai dan tak serasi



that absolutely something wrong
about yourself
don't blame others!!!!

Saturday, December 24, 2011

::wondering::


perempuan yang baik
hanyalah untuk lelaki yang baik

lelaki yang baik
hanyalah untuk perempuan yang baik

disekelilingku

lelaki yang setia akan dipermainkan
dan ditinggalkan perempuan yang
tidak tahu berterima kasih

perempuan yang setia akan diperbodohkan
oleh lelaki yang tidak menghargai

mengapa lelaki yang setia itu
tidak bertemu dengan perempuan yang setia???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
inilah yang digelar permainan dunia
DIA telah menetapkan yang terbaik untukmu

perempuan dan lelaki yang setia itu tadi ditinggalkan
hikmahnya akan didatangkan orang yang lebih 
baik sebagai pasangan hidup
sehingga ke akhir hayat

kita mungkin tidak akan dapat apa yang kita nak
tapi kita pasti dapat apa yang kita perlu

::terima kasih::


mujurlah perasaan ini
senang dipujuk

bila aku sedar
yang kau bukan
mr simple ku

aku pergi tinggalkan kau
tanpa rasa apa-apa

#terimakasih

::Dear mr simple::


Dear Mr simple

kamu

boleh

dicari

atau 

dikejar

tapi
.
.
.
.
aku

memilih untuk menunggumu

:)



Saturday, December 17, 2011

::manusia biasa::

aku tidak ada keberanian
untuk nyatakan aku ini bagaimana
seperti ini atau seperti itu

aku sebenarnya begini
aku sebenarnya begitu

aku benci ini
aku suka itu

aku akan jadi begini
aku tidak akan jadi begitu

perkara yang mendatang tidak boleh diramal
apa yang akan terjadi kita tidak akan tahu

tetapi aku pasti
ibu ku keutamaan ku
keluarga ku kemestian ku
sahabat-sahabat ku kesayangan ku

kepada 'kamu'
hadirlah dalam hidupku
aku hanya minta satu

terima lah diriku seadanya bersama-sama
kehadiran ibu ku, keluargaku, dan sahabat-sahabatku
kedalam hidup kamu

::pengajaran::


dalam hidup ini
jangan terlalu over confident
bila saat engkau gagal
engkau akan terjatuh dengan tragik tahu!
orang di sekililing hanya memandang 
apatah lagi mahu hulurkan bantuan

dalam hidup ini
jangan terlalu serius
tidak seronok lah hidup kau
orang pun tak nak dekat
cuba rilex dan cool
nikmati hidup
pasti kau akan rasa lebih segar

dalam hidup ini
jangan 24 jam bergurau

ehhh

yang ini tak ape

hahahahhahahahhaha

::22 years old::


17/12/2011
genap sudah aku 22 tahun
memang selalu ketinggalan..:)

Terima Kasih : Ya ALLAH
kerana membenarkan aku terus bernafas
di atas muka bumi mu

Terima Kasih : Mak
kerana melahirkan ku
menyayangi ku dalam setiap nafasmu
menjagaku dengan setiap kudratmu
jasamu memang tidak dapat ku balas sehingga ke akhirat

Terima Kasih : Keluarga
sentiasa ada di sisiku
membuat ku gembira sentiasa

Terima Kasih : sahabat-sahabat
kamu semua...yaa..kamu semua
kamu bukan kawan atau kenalan
kamu sahabat aku
selalu ada dengan aku
melayan karenah aku
aku memang jengkell..hehehe

Terima Kasih Semua

Tuesday, December 6, 2011

::jika::


apa yang berlaku
biarkan ia berlalu

tiada peluang untuk berpatah balik
anggap saja satu dugaan
yang memeritkan

supaya akan
lebih berhati-hati
pada yang akan datang...

Sunday, December 4, 2011

::Dulu-Dulu::




fuhhhh..
jauh sudah kita melangkah
membawa haluan masing-masing

memang di akui pasti akan terpisah
untuk mencari kehidupan sendiri
tetapi tidak sangka 
rasanya akan seperit ini

aku percaya
di antara kita akan saling mendoakan 
semoga yang terbaik untuk kita
yaaa kawan..