Monday, March 26, 2012

::kematangan::

tidak lagi mudah percaya sepenuhnya
kepada percakapan
 .
.
.
tetapi
.
.
.
cepat sahaja memikirkan 
maksud yang tersirat di sebalik percakapan itu


tidak lagi mudah marah 
pada perkara yang remeh
.
.
.
malah
.
.
.
telah terserap dengan perkara itu
dan biarkan saja berlalu
tanpa tinggalkan kesan di dalam hati


tidak lagi mudah menyayangi
kerana tahu sayang itu hanya akan 
akan menjadi pembaziran sekiranya terberi kepada orang yang salah

hanya mengikut rentak takdir
kemana ia akan membawa
hanya mengikut

tetapi 

hati tetap satu

Alhamdulilah
sudah boleh nampak antara yang baik dan buruk

Alhamdulilah
sudah boleh nampak antara kemahuan dan keperluan

Alhamdulilah
sudah boleh nampak antara nafsu dan keutamaan


mungkinkah ini yang dipanggil kematangan???

::perubahan kehidupan::


aku ini sudah mula menjenguk
menjenguk ke mana ku selepas ini
menjenguk bagaimana aku selepas ini
menjenguk aku akan bersama siapa selepas ini

aku menjenguk dengan penuh harapan di hati
harapan tentang masa hadapan
harapan tentang penuhi harapan keluarga
harapan tentang datangnya teman yang soleh

aku ini sudah mula menjenguk
kehidupan mahasiswi sudah hampir ke hujung
kehidupan aku berpindah peringkat

sekarang

aku hanya mampu menjenguk pada sesuatu yang aku tidak pasti

tetapi yang aku pasti

aku hanya manusia biasa
yang hanya mampu bermohon kepada-NYA
berkatilah kehidupanku dan keluargaku