Friday, January 7, 2011

Entah lah

Lebih bagus khabarnya dari rupa yang benar…
Lebih indah fantasinya dari realitinya….
Cinta tidak selalunya indah….

Banyak kali sangat jumpa ayat-ayat itu…sudah bosan barangkali…tetapi maksud yang mendalam tidak dihayati…apa yang tersirat tidak diteliti..sebab itulah acapkali kesalahan berulang…kekesalan muncul kerapkali….BODOH….
Sungguh…ia nya menjadi indah dan riang gembira di saat mulanya…bagaikan berjuta-juta taman bunga dihati….hari yang kelam dirasa bagai hari yang cerah….hari yang cerah dirasa hari yang bersinar…

Kan…sudah dibilang…kekesalan akan muncul…di saat semuanya tidak menjadi milik engkau…semua rasa pergi begitu sahaja…ianya akan simpati dan kembali…?????....TIDAK…terduduk lahh terperuk sepi dan sunyi…tiada siapa yang akan peduli…terperuklah bergelumang dengan kesedihan dan keperitan…..
Semuanya salah engkau…?????? …ini semua lumrah alam…kesedihan dan keperitan adalah sebahagian dari kehidupan….setiap orang mendambakan kebahagiaan…tiada siapa mahu kesedihan dan kesepian…tetapi di setiap kebahagian itu pastinya ada kesedihan…itulah pakejnya….

Tidak semua apa yang diingini menjadi milik kita….tetapi apa yang telah ditentukan itulah yang terbaik untuk kita….

Tiap kali menghasilkan kata-kata untuk menaikkan semangat….tiap kali juga untuk tenangkan hati…tetapi hati…???...tetap begitu juga…menjadi bodoh dek panahan perasaan….ENTAHLAH…….

No comments:

Post a Comment