Tuesday, June 14, 2011

Hati ini sedang belajar...


kadangkala
adalah lebih baik
membiarkan hati menjadi
keras seperti batu..

daripada 
membiarkannya menjadi
selembut tisu..

kerana
kadangkala hati yang lembut itu
sering diperbodoh dan dipermainkan
selagi hati itu lembut 
selagi itulah ia akan diperlakukan sebegitu

akhirnya
hati itu yang akan menjadi sakit
perit dan pedih..

kesimpulannya
hati keras seperti batu itu
adalah untuk melindunginya
daripada sakit, perit dan pedih..

tetapi
mahu menjadikan hati keras seperti batu
mahupun
lembut seperti tisu
perlulah kena pada masa dan keadaan
agar kesannya itu lebih mendatangkan hasil
dan manfaat..

hati ini sekarang sedang belajar untuk keras seperti batu....
hati ini ingin belajar supaya tidak menjadi bodoh lagi....

No comments:

Post a Comment