Monday, March 26, 2012

::perubahan kehidupan::


aku ini sudah mula menjenguk
menjenguk ke mana ku selepas ini
menjenguk bagaimana aku selepas ini
menjenguk aku akan bersama siapa selepas ini

aku menjenguk dengan penuh harapan di hati
harapan tentang masa hadapan
harapan tentang penuhi harapan keluarga
harapan tentang datangnya teman yang soleh

aku ini sudah mula menjenguk
kehidupan mahasiswi sudah hampir ke hujung
kehidupan aku berpindah peringkat

sekarang

aku hanya mampu menjenguk pada sesuatu yang aku tidak pasti

tetapi yang aku pasti

aku hanya manusia biasa
yang hanya mampu bermohon kepada-NYA
berkatilah kehidupanku dan keluargaku

No comments:

Post a Comment